Saturday, July 3, 2010

Buatmu...



Salam buatmu kukirimkan,

Surat Untuk Calon Zaujku,
Bagaimana kabarmu hari ini? sudahkah kau basuh wajahmu dengan sucinya air wudhu', yang membuat wajah bersahajamu diliputi cahaya? Sudahkah malam tadi kau habiskan sepertiganya dengan bermunajat kepada-Nya? Sudahkah kau bulatkan azammu untuk istiqomah melangkah di jalan-Nya?

Tegakkan bahumu, sempurnakan semangatmu, penuhi dadamu dengan nama-Nya, jemputlah rizqimu dengan sungguh-sungguh. Aku mengirimmu dengan selempang doa yang tersampir di bahu angin. Semoga hari ini Allah melimpahkan keberkatan di setiap tarikan nafasmu. Penuhi pundi-pundi amalmu dengan kebaikan, jangan sisakan sedikitpun waktumu dalam kesia-siaan.

Malam nanti, aku kembali menunggumu dalam hening doa-doaku. Sandarkan hatimu pada-Nya, agar Ia memberimu kekuatan. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk segera menjemputku, menemani hari-harimu.

Siapapun engkau, di manapun berada, semoga Allah menjagamu, hingga tiba waktunya perjuangan panjangmu tak lagi sendiri. Maka, kukuhkanlah kembali semangatmu. Semoga esok hari, kau tak lagi ragu untuk hadir menjemputku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Tuesday, April 6, 2010

Bidadari

KU INGIN JADI BIDADARI ITU...


Kereta MPV Honda Shuttle berwarna biru meluncur laju menyusuri lebuhraya. Cuaca dingin sejak pagi mulai beransur hangat. Matahari bersinar terang memancarkan cahaya. Saya dan keluarga bermusafir ke Lancaster untuk menjayakan ‘Kem Solat’ bersama warga Malaysia di sana.

Sepanjang perjalanan, saya mengambil peluang menikmati keindahan alam. Padang rumput yang menghijau. Juga, bunga-bunga Daffodil kelihatan tumbuh melata dengan kembang kuning yang menambah ceria. Damai. Menghilangkan resah dan risau.

Suami pula tenang memandu di sisi. Sesekali dia tersenyum sendiri. Mungkin tercuit hati dengan isi ceramah yang didengarnya melalui MP3. Ceramah tentang syurga dari Syeikh Anuar Awlaki.

“Hai..apalah yang disenyumkan tu?” usik saya, sengaja mahu mengajak suami bercerita.

Suami menoleh. Senyumnya belum lekang dari bibir. Bahkan makin melebar saat melihat saya menjeling sinis. Belum mahu menjawab, suami kembali memberi tumpuan kepada pemanduan dan isi ceramah.

Anak-anak di bahagian belakang, telah lama lena dibuai mimpi. Jarak perjalanan dari Leicester ke Lancaster, sememangnya agak jauh . Iaitu lebih kurang 2 jam 55 minit, mengikut anggaran navigator berjenama ‘Tomtom’ kami.

NIKMAT SYURGA

“Jangan lupa kongsi dengan As ya..” luah saya bila melihat suami ketawa kecil seakan geli hati. Sambil itu, saya menyua makanan dan minuman yang dibawa kepadanya. Itulah tugas saya setiap kali kami berkelana jauh begini.

Maklum dengan keletihan perjalanan jauh sebegitu, sekurang-kurangnya saya dapat berperanan menghilangkan jemu dan rasa mengantuk suami ketika memandu.

“Ada pendengar wanita menyoal Syeikh Anuar..” suami mula mahu berkongsi. Saya sabar menanti sementara menunggu suami menghabiskan bicara.

“Dia bertanya: mengapa al Quran tidak menerangkan SECARA JELAS kenikmatan yang diperolehi wanita di syurga?” tambah suami.

Saya mengangguk. Kepala ligat mengingati ayat tentang kenikmatan syurga yang disediakan bagi lelaki beriman dan bertaqwa. Bidadari syurga yang digambarkan sebegitu indah menerusi kalam-kalamNya yang mulia.

BIDADARI SYURGA

“Rasanya, kelebihan yang dimaksudkan tu ialah bidadari kan bang?” saya bertanya suami untuk meminta kepastian darinya. Kerana setakat pengetahuan saya, tiada kelebihan lain yang berbeza antara lelaki dan wanita di dalam syurga melainkan hanya bidadari yang disebut oleh Allah SWT menerusi ayat-ayat-Nya.

Di antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud :

”Dan ( di dalam syurga itu ) ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan.” ( Surah Al-Waqi’ah ayat 22 – 23 )

“Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara khusus, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” ( Surah Al-Waqi’ah ayat 35 – 37)

“Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yaqut dan marjan.” ( Surah Ar-Rahman ayat 56 – 58 )

“Ya..hanya itu sahaja yang berbeza. Selain itu, baik lelaki mahu pun perempuan, kedua-duanya menerima ganjaran yang sama,” jawab suami bersahaja.

“Orang perempuan ini abang…bila sebut bidadari, pasti ada rasa cemburu terhadap mereka,” balas saya mencebik. Sekadar bergurau untuk bermanja dan bermesra.

“Dalam syurga nanti, tak akan ada rasa cemburu tu. Kalau kerana cantik, mereka akan jadi lebih cantik dari bidadari, malah di syurga tiada semua perasaan negatif seperti sedih, terkilan dan seumpamanya. Semua yang dihajati akan diperolehi,” spontan suami membalas semula sambil ketawa kecil melihat saya.

CEMBURU

Saya merenung kehijauan rumput dan pohon-pohon kayu di tepi jalan. Di dalam hati saya membenarkan kata-kata suami. Walau di akhirat sana tiada lagi cemburu, namun ketika masih di dunia ini, perasaan itu sukar dipinggir dari sanubari.

Cemburu yang terbit dari rasa cinta kepada lelaki bergelar suami.

Cemburu yang lahir dari kegelisahan mengenang diri yang banyak dosa dan khilaf ini. Layakkah untuk bersamanya di syurga nanti?

Cemburu yang menghantui kala mengenang sabda junjungan mulia yang bermaksud :

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari yang menjadi isterinya di syurga akan berkata kepadanya : Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” ( Riwayat Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal ra )

ISTERI PENDAMPING SUAMI

Namun, bila merenung ingatan dari Rasulullah SAW mengenai peranan seorang isteri di sisi suami, hati saya kembali tenang. Yakin dengan janji-Nya bahawa, seorang isteri yang solehah kepada seorang suami, akan kekal menjadi ratunya di syurga di samping bidadari.

Peranan seorang isteri beriman amat penting dalam memantap dan membantu suami untuk taat kepada Allah, sebagaimana motivasi yang terkandung dari kabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” ( Riwayat Ibnu Majah )

Seorang isteri yang solehah, di samping bersikap menghargai suami, lemah lembut di hadapan suami, sama ada dari tindakan yang sopan, tutur kata yang manis dan manja, serta menampakkan pandangan yang tenang, bening dan jernih, dia juga akan selalu berusaha membantu suaminya untuk menguatkan keimanan kepada Allah dengan amalan-amalan soleh.

Dia menyedari cabaran besar lelaki dengan dunia luar hari ini, lantas berusaha menjaga daya tarik dirinya bagi suami yang dikasihi. Isyarat dari para bidadari yang menggambarkan keindahan dan keadaan penuh cinta mereka terhadap bakal suami yang ditunggu penuh setia.

Tidakkah keadaan ini sewajarnya menjadi cabaran kepada para isteri untuk memperbaiki layanan, penampilan dan segalanya ?

SUAMI SOLEH, ISTERI SOLEHAH

“Tapi perlu diingat satu fakta yang sering terpinggir dari perhatian ramai bagi seorang isteri untuk jadi solehah,” tiba-tiba suami kembali bersuara.

“Apa dia, bang?”saya menyoal penuh tanda tanya.

“Formula terbaik untuk menjadi isteri solehah adalah mempunyai suami yang soleh, kerana jika seorang isteri ingin menjadi solehah, ia amat sukar tanpa suami yang soleh,” tegas suami.

“Malah segala kebaikan isteri dan ciri-ciri solehahnya boleh sahaja disalah gunakan oleh si suami yang tidak soleh hingga akhirnya dia dizalimi,” tambah suami lagi sambil membetulkan cermin matanya.

Saya membenarkan kata-kata suami. Berapa ramai wanita hari ini yang kelihatan jauh dari ciri wanita solehah, tetapi dengan kehadiran seorang suami yang soleh, wanita itu berjaya dibentuk dan berubah kepada yang lebih baik. Nasihat kepada suri hatinya tentang penampilan seorang wanita Muslimah sentiasa dititikberatkan. Pergaulan isteri bersama lelaki yang bukan mahram, diselia sebaiknya agar tidak timbul fitnah yang merosakkan.

Dan tidak kurang juga, ramai wanita yang sebelum berkahwin merupakan wanita yang baik beragama, tetapi sejurus melangkah ke alam rumahtangga, semakin terhakis nilai keagamaannya kerana sikap suami yang tidak mementingkan penjagaan syari’at. Kecantikan dan aurat isteri dijaja dengan penuh bangga. Pemergian isteri bersama lelaki lain tidak pernah dipandang curiga dan lain-lain lagi.

Kerana itu, untuk melahirkan lebih ramai wanita solehah ialah dengan melahirkan lebih ramai lelaki soleh. Jika tidak, peluang ini akan semakin menipis dan mengecil. Fikirkanlah..

KU INGIN JADI BIDADARIMU…

Akhirnya, tiada wanita beriman yang melupakan cita-cita yang satu ini. Untuk menjadi bidadari bagi seorang suami di dunia dan akhirat adalah kemuncak impian seorang isteri. Mengharapkan destinasi cintanya akan sampai ke pengakhiran di dalam syurga yang abadi di sana. Kembali bersatu atas nama kasih, kekal selamanya dengan rahmat Allah Yang Maha Kaya.

Buat suamiku, terima kasih atas kiriman emel beserta alunan dari Munif yang amat membakar semangat diri ini untuk menjadi ‘bidadari’. Bantu isterimu untuk mencapainya..

Moga cinta kita membawa ke syurga, ameen Ya Rabb.



Bidadari, bidadari…temanilah resahku
Bidadari, bidadari…tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya…kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari..jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari…jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci, buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara, penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan…saat ku jatuh…bangun semula

Dan berikan sakti cintamu, penawar racun berbisa
Dan ikatan kita.. cinta abadi hanya di syurga.


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


Saturday, April 3, 2010

Aku Ingin Gadis Buta, Bisu & Tuli


Aku Ingin Gadis Buta, Bisu & Tuli

* Dipetik dari blog seorang sahabat. Semoga ia boleh menjadi peringatan buat kita semua..

SAYA DEDIKASIKAN CERITA INI PADA SEMUA YANG BERGELAR WANITA...


Ini cerita tentang adikku Nur Annisa, gadis yang baru menginjak dewasa namun agak keras dan tomboy. Pada saat umur adikku menginjak 17 tahun, perkembangan dari tingkah lakunya agak mengkhuatirkan ibuku, banyak teman lelakinya yang datang ke rumah dan itu tidak menyenangkan ibuku sebagai seorang guru agama.

Untuk mengelakkan hal itu ibuku menyuruh adikku memakai tudung, namun selalu ditolaknya hingga timbul pertengkaran- pertengkaran kecil diantara mereka. Pernah sekali adikku berkata dengan suara yang agak keras "Mama cuba lihat, jiran sebelah anaknya pakai tudug namun kelakuannya tak banyak beza pun, malah kawan-kawan Ani yang disekolah yang pakai tudung selalu keluar dengan lelaki-lelaki, sering jalan-jalan. Namun Ani tidak pernah buat macam tu pun". Apabila sudah seperti itu ibuku hanya mengelus dada, kadangkala di akhir malam kulihat ibuku menangis,sayu mendengar doanya "Ya Allah, tunjukkan Ani dengan hukum Engkau".

Pada satu hari berhampiran rumahku, ada jiran baru yang baru pindah. Satu keluarga mempunyai enam anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, aku kenal dengannya waktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka pindah timbul desas-desus mengenai isteri Abu khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga digelarkan si buta, bisu dan tuli. Hal ini terdengar pula oleh adikku, dan dia bertanya sama aku "bang, betul ker yang baru pindah itu isterinya buta, bisu dan tuli?". Terus aku jawab sambil berlalu "kalau kamu nak tau, datang jelah ke rumahnya". Tak ku sangka adikku betul-betul datang kerumahnya. Sekembalinya dari rumah jiranku, kulihat perubahan yang drastik pada wajahnya, wajahnya yang biasa cerah tidak pernah muram atau lesu menjadi pucat.

Entah apa yang terjadi..?

Namun tidak kusangka selang dua hari kemudian dia meminta pada ibuku untuk di buatkan tudung, yang labuh lagi dengan jubah panjang. Aku sendiri jadi bingung. Aku tambah bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana kulihat perubahan yang ajaib.

Ya, kubilang ajaib kerana dia berubah secara total. Tidak banyak lagi lelaki yang datang kerumah atau teman-teman wanitanya untuk sekadar berborak kosong. Kulihat dia banyak merenung, banyak membaca majalah islamik, yang kebiasaannya dia suka membeli majalah hiburan malah kulihat ibadahnya pun melebihi aku. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunatnya. Dan yang lebih menakjubkan lagi, apabila rakanku datang dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau ya Allah SWT jerit hatiku..

Tidak berapa lama aku mendapat panggilan kerja di Kuala Lumpur, kerja di satu syarikat minyak. Dua bulan aku bekerja disana aku dapat khabar bahawa adikku sakit tenat hingga ibuku memanggilku untuk pulang ke rumah. Di pesawat aku tak henti berdoa kepada Allah SWT agar adikku diberi kesembuhan, namun aku hanya berusaha. Ketika aku tiba di rumah, di depan pintu sudah banyak orang. Tak dapat kutahan lantas berlari masuk kedalam rumah.

Kulihat ibuku menangis...

Aku langsung menghampiri dan memeluk ibuku. Sambil tersekat-sekat ibuku memberitahuku, "hadi, adikkmu dapat mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya", tak dapat kutahan linangan air mata ini...

Setelah selesai acara pengebumian dan urusan lainnya, terus aku masuk ke bilik adikku dan kulihat diari diatas mejanya. Diari yang selalu dia tulis, diari tempat dia menghabiskan waktunya sebelum tidur sewaktu adikku masih hidup, kemudian kubuka selembar demi selembar, hingga tertuju pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul dihatiku.

Perubahan yang terjadi ketika adikku baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Disitu kulihat soal jawab antara adikku dengan isteri dari jiran tetanggaku.

(kulihat dilembaran itu banyak bekas airmata)

Annisa: aku tergamam (wajah wanita ini cerah dan bersinar layaknya seperti bidadari). kakak, wajah kakak sangat muda dan cantik.

Isteri jiran : Alhamdulillah, sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi akak kan dah ada 6 orang anak tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiran
: Subhanallah, sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yang dapat menolaknya..

Annisa: Akak, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, namun saya selalu menolak kerana saya pikir tiada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya menjaga akhlak dan saya lihat banyak wanita memakai tudung namun kelakuannya lebih teruk melebihi kami yang tidak memakai tudung hinggakan saya tidak pernah ingin untuk memakai tudung. Bagaimana pandangan akak?!?

Isteri jiran: Annisa ku sayang, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah hijab untuk wanita..

Annisa: Tapi kak yang saya lihat banyak wanita bertudung yang kelakuannya tidak sopan..

Isteri jiran: Tudung hanyalah kain, namun hakikat atau erti dari bertudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apa itu hakikat tudung kak?

Isteri jiran: Hakikat tudung adalah hijab lahir batin, hijab mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, hijab lidah kamu dari berghibah dan berkata sia-sia. Usahakan selalu berzikir kepada Allah SWT, hijab telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu maupun masyarakat, hijab hidungmu dari mencium-cium segala yang berbau busuk, hijab tangan-tangan kamu dari berbuat yang tidak senonoh,hijab kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, hijab fikiran kamu dari berfikir yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, hijab hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah faham maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Akak, saya dah jelas sekarang tentang erti bertudung, mudah-mudahan saya mampu untuk memakai tudung. Namun bagaimana aku mampu melaksanakan semuanya???

Isteri jiran: Sayangku Nisa, apabila kamu memakai tudung itulah kurnia dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan tudung hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Annisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. Ketika ditiup terompet yang kedua kalinya pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang sangat luas tanpa batasan, yang tanahnya dari logam yang panas, tidak ada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh nabi ketakutan, ketika ibu tidak memperdulikan anaknya, anak tidak memperdulikan ibunya, sanak saudara tidak kenal satu sama lain lagi, kekadang satu sama lain boleh menjadi musuh, satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya,dan pada saat itu ada yang berkeringat kerana rasa takut yang luar biasa hingga menenggelamkan dirinya, dan rupa-rupa bentuk manusia bermacam-macam bergantung dari amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, badan yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka..!!! SANGAT MURKA..!!

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.. Hingga ribuan tahun manusia didiamkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara, itulah hari Hisab..!!

Annisa, apabila kita tidak berusaha untuk beramal dihari ini, entah dengan apa nanti kita menjawab bila kita di hakimi oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. Allah SWT..

Sampai disini aku baca diari nya kerana kulihat banyak terhenti dan banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah, ku selak lembar berikutnya dan kulihat tulisan tercoret dengan tulisan kecil di bawahnya,

"buta, tuli dan bisu"- wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah ingin mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.

Tak tahan airmata ini pun jatuh...

Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amiin..


Dipetik dari blog seorang sahabat: http://khyrulhycal3 13.blogspot. com/

Monday, March 29, 2010

Ciri Isteri Solehah



Bismillahirrahmanirrahim,




“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yangsyadaqah.”

Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

.iluvislam.com

Lelaki Acuan Al-Quran


LELAKI ACUAN AL-QURAN

"Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu


Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat


Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran"

Sunday, March 21, 2010

Muslimah Sejati



Raut wajah berhias cahaya
Tutur kata selembut sutera
Haus iman karena taqwa
Itulah ciri wanita solehah
Dalam tafakkur ia berdoa
Dengan lafadz lembut ia baca basmallah
Seraya tunduk kepada Allah Taala
Membuat ia kian pasrah kepada Allah semata
Senja di telaga
Bermahkotakan sinar kemuning dari pancarannya
Hanya kepada Allah semata ia bertaqwa
Hanya kepada Rabb tempat ia berkeluh kesah
Dalam hati ia bertasbih
Dalam raga ia berjanji
Satu tujuan yang harus diraih
Berjihad di jalan Allah selama hidup hingga mati

Quote: Lagu Amar (Wanita Solehah)


T&E

testing